Mangsa dan kemusnahan Gempa bumi Turki–Syria 2023

Di Turki

Terdapat sekurang-kurangnya 40,689 kematian[9] dan 108,068 kecederaan di Turki.[81] Sekurang-kurangnya 13.5 juta orang dan 4 juta bangunan terjejas. Ribuan orang terperangkap di bawah runtuhan ketika bangunan runtuh.[82] Ada mangsa yang menyiarkan rayuan untuk pertolongan di media sosial.[83] Kementerian Alam Sekitar, Urbanisasi dan Perubahan Iklim menjalankan pemeriksaan kerosakan pada 763,000 bangunan; sekurang-kurangnya 41,791 bangunan di 10 wilayah Turki ranap atau hancur teruk,[84] mengakibatkan seramai 150,000 orang kehilangan tempat tinggal.[85][86] Gempa bumi telah menyebabkan rekahan lebar pada jalan raya.[87] Sewaktu usaha menyelamat, sering dijumpai anggota-anggota mayat dari runtuhan.[88]

Di Syria

Sekurang-kurangnya 6,469 orang terbunuh,[89][89][90] dan lebih 14,500 orang lagi cedera di Syria.[91] Kementerian Kesihatan Syria telah mencatatkan lebih 2,068 kematian dan 2,950 kecederaan berkaitan gempa bumi di kawasan-kawasan kawalan kerajaan,[90][92] kebanyakannya di Aleppo dan Latakia.[93] Di kawasan yang dikuasai pemberontak, sekurang-kurangnya 4,266 orang terkorban[89] dan 2,200 lagi cedera.[94][95] Dianggarkan seramai 5.37 juta orang di seluruh Syria kehilangan tempat tinggal,[96] manakala sejumlah 10.9 juta orang, iaitu hampir separuh daripada jumlah penduduk Syria terjejas.[97]

Rujukan

WikiPedia: Gempa bumi Turki–Syria 2023 http://geoscope.ipgp.fr/index.php/en/catalog/earth... http://geoscope.ipgp.fr/index.php/en/catalog/earth... //pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/12750512 http://earthquake.usgs.gov/regional/world/historic... //doi.org/10.1002%2F2017JB013962 //doi.org/10.1029%2FGL003i010p00599 //doi.org/10.1126%2Fscience.1082703 //geohack.toolforge.org/geohack.php?pagename=Gempa... //geohack.toolforge.org/geohack.php?pagename=Gempa... //geohack.toolforge.org/geohack.php?pagename=Gempa...